Thursday, April 21, 2011

Appointment pertama - Aqil Anaqi

Tanggal 19/04/11 genaplah seminggu Aqil bersimen tangannya.....tapi kalau tengok keadaan simennya sekarang seolah2 dah sebulan rupenya.....nak tengok?  hhahhhh......mak oiiiiii aku pun tak tau cner leh jd gini...

pandangan sisi, kita tengok lak seterusnya bagi clear sikit....

pandangan atas....bagi nampak tang tangan tu....

aku tengok pun nak gelak  simen ni ....camaner laaaa leh pecah kat depan aku pun tak tau.... siap dengan lukisan2 lagi.........apa taknye cuba tengok lak gmbar dibawah,

seperti biasa dalam masa seminggu begini la keadaannya setiap kali Aqil sampai kt sekolah, sume dok keliling dia....patutlah punnnn 


pas tu boleh lak tanya mama kalau cat putih balik boleh tak??? 


Nak dijadikan cerita sabtu di ada persembahan nasyid...haaa baru tau malu, "mama boleh tukar tak? dah hitam la" 


Tepat kul 3.30 aku terpajak kat klinik (PPUM) tu Menara Utama tingkat 1,  Cam biasa la sampai2 ambil nombor, no cabutan bertuah kali ni ialah :  (parking kat atas RM1 1 jam...ok la)


Untuk bertemu ngan doktor lak ia mengambil masa selama satu jam 15 minit baru dapat masuk.....-+4.45 gitu... Bila doktor tengok tangan Aqil dia pun tekejut , so saya tanya doktor "kena tukar ke ni?"...dia kata kalau tengok keadaan cm ni kena tukar la, ikutkan dia tak nak tukar tapi cam tak de fungsi dah simen kat depan tu maka dengan itu doktor pun suh lah tukar dan katanya better letak fiber..."aku yang menurut perintah"...  Bygkan ekkk tunggu satu jam masuk bilik 5 minit je.....berbaloi tak?nak buat cner redho je...

lalu diarahkan ke bilik sebelah :-


Mula-mula kena beli simen fiber tu dulu (aku tak tau betul tak ayat ni, kalau slh btlkan sendiri ek) kat farmasi, sib baik nurse (lelaki) dia tolong bellikan.Untuk pengetahuan sume utk kanak2 biasa kita pakai 2 lilitan dan harganya RM64.00....melayanggggg!!!!!  

Seterusnya Aqil pun masuk bilik tu utk di simen balik....

 sedang menunggu utk di kopek cm kopek kulit buah lak, siap senyum lagi...sukeeeeee!!!!!! tapi tengok la senjata yang digunakan disebelah.... gerunnnnnyaaa!!!!


ini sudah dimesin dan sedang dibukak, tak sempat nak ambk tengah mesin.....tapi saya akan tunjuk video seterusnya, rupa mesin tu :-

Gambar2


sebelum di tukar

Video 1
dalam usaha menukar simen baru
 Video 2
Sambil2 tu sempat interview nurse yang bertugas tu, tanya dia dah berapa tahun berkecimpung dalam bidang ni cehwah!!! cam wartawan lak....dia kata dah bekerja dah 34 tahun, tapi dalam bab2 simen ni dah 21 tahun huhhhh tabik la......otai la ni....
ni la orangnya, (baik dan mesra alam).....masa ni tengah tunggu gam kering

video 3


ini la mesinnya, ni  pulak dia tengah membetulkan simen yang tak kemas.....

video 4


last potong yang berlebihan di tapak tangan...seriau wehhhhhh!!!!!!!!!

video last


Ini baru kali pertama, ada dua kali lagi, harap2 ok la sampai minggu terakhir....InsyAllah.....

Dan buat Aqil Selamat bernasyid walaupun dengan keadaan macam ni tapi masih bersemangat, Syabas!!!!! 


Sunday, April 17, 2011

Agar-agar Ikan


Nak kata ikan emas tak jugak sebab warna hijau, klau ikan emas biasa warna oren oren sikit...mungkin ikan lumut kot...he.he...

Ada ke orang letak ikan dalam agar2? mana ada....ini namanya agar2 ikan sebab bekasnya berbentuk seperti ikan...uuhhhhhh!!!!
Meh nak ajar cara membuatnya....

Bahan2nya :-

1. 1 paket agar-agar
2. 1 cawan gula (ikut citarasa)
3. 1 kotak santan pekat
     beberapa helai daun pandan dan secubit garam


Cara2 membuatnya :-

1. 1/3 agar dimasak dan dicampur dengan 1 gelas air, setelah agar2 hancur    
     masukkan dalam 5 sudu gula dan akhir sekali masukkan air daun pandan 
     dan  1/3 santan

2. Setelah semuanya masak tuankan bekas yang berbentuk ikan, tuangkan  
    kedalam bentuk ikan dahulu (warna ikut suka)

3. sementara menunggu agar tadi keras, masakkan pula lebihan agar2 tadi     
    dengan semua lebihan santan gula dan garam

4. bila adunan pertama tadi agak2 dah beku masukan kesemua agar2 yang 
    dimasukkan santan sahaja utk permukaannya..

    Bila keras bolehlah dituangkan kedalam bekas dan hasilnya .........

taraaa!!!!!



anda akan dapati ikan tersebut berenang2 didalam bekas....
siap untuk di potong




fuhhhh tak sampai 10 minit tengok....dah pun separuhh...


Selamat Mencuba!!!

Saturday, April 16, 2011

Mari belajar masak nasi dagang....

Weekend ni aku agak free sikit almaklumlah aqil dikenakan rehat dari bermain bola sementara tangannya pulih seperti sediakala. Bila? masih dalam pertimbangan.....

Tak de plan nak g jalan..... tempat paling sesuai cam biasa, rumah anak buat kat Kota Kemuning....Kebetulan kat rumah ada satu paket beras nasi dagang, so takut expiry maka dengan penuh kerajinan buat lah nasi dagang utk anak buah, dia pun memang lama dah nak makan..


dah!dah!byak lak ngomel....mai kita tengok bahan2 dan cara2 membuatnya....

1. 1 kilo beras nasi dagang
2. sebiji kelapa
3. 5 ulas bawang kecil
4. 1 inci halia
5. sedikit halba
6. garam
7. gula

Cara membuatnya :

sebelum membuatnya, beras hendaklah di rendam sekurang2 nya 8 jam bersama dengan halba/
atau pun malam rendam keesokkan pagi boleh lah buat.

1. jerang air didalm bekas kukusan
   sambil itu mayang bawang, bawang putih 2 ulas dan halia
2. mula perah utk diambil kepala santan dalam 2 cawan, kemudian santan cair dalam 4 cawan
3. didalam santan pekat masukkan bawang dan halia yang dimayang tadi, masukkan juga garam dan gula ikut citarasa masing2
4 Bila air mendidih masukkan beras yang ditoskan kedalam periuk kukusan, utk kukusan pertama dlam 15 minit kemudian angkat masukkan beras dalam bekas yang besar dan dicampur dengan santan cair td.
5. kukus utk kali kedua, selama lebih kurang 30 minit sambil tu bukak dan balik2 kan beras tersebut.
6. Akhir sekali angkat masukkan didalam bekas besar tadi dan campurkan pula dengan santan pekat yang berisi bawang, halia, garam dan gula. Kukus semula dlm 5 hingga10 minit dan siap utk dihidang.

Sila lihat hasilnya dibawah dan kalau rasa susah sangat nak buat pegi je kat Kampung Baru....hu...hu....

nasi dagang baru diangkat dari kukusan



nasi dagang sedia utk dimkn.....sebelum tu tengok la gmbr2 dulu......


 udang penambah lauk...

 kari udang.....

 kari ikan tongkol

 
hidangan sudah tersedia.......

 kasi zoom sikit.....cm samerr jeee...

Masa utk makan.....aku menggunakan model tempatan utk mencuba dan menilai nasi dagang yang tak seberapa ini....
Ini lah kak long anak buah aku yang menjadi model tengah "makan nasi dagang", sori ekkk....tak mtk permission masukkan gmbr ni...kkii..kiii...

ish....ishh...... makannn tak ingt org belakang....

 fuhhhh seleranya makan licin segala lauk pauk.......

 walaupun aku tak teror masak cam mak tapi......kesannya......tu dia......beersih......


Selamat mencuba!!!!!!!!!!!



Monday, April 11, 2011

Tersangatlah Bahaya!

Kejadian ni berlaku pada pukul 8 pagi, dimanakah pihak berkuasa? Kenapa ini boleh terjadi? Sila pantau dan ambil perhatian....

Cuba anda tengok betul2 video dibawah ni......apa perasaan anda? Tiada penhadang langsung di setiap sisi.....



boleh tahan laju.....



mak oiiiii corner baring tuuuu



Bismillahirahmanirahim.......tengah potong ni....selamat la.....




yang bestnya lori ni siap boleh wat u turn lagi......


masa aku nak potong lori ni rasa cam nak luruh jantung......apa taknya batu yang dibawa bukannya sebarang batu weiiiii......uishhhhhh bahaya...bahaya......



JANGAN TIRU AKSI INI!!!!!!!!!!


 

JIKA ANDA DIBAWAH UMUR SILA MENDAPAT MENGAWASAN DARI IBUBAPA ANDA......


 

Aku pun tak tahu cmaner Aqil leh buat cmni rasanya dalam keturunan kami tak de pulak ahli silap mata....





Believe or Not???????????

BILA JADI GOAL KEEPER....BEGINILAH AKIBATNYA......

Seperti biasa latihan demi latihan diadakan setiap sabtu dan ahad, tapi pada ahad yang lepas 10/4/2011....aku agak keciwa sikit.....tapi na wat camaner....

Aqil memang dari dulu nak men keeper kononnya, tapi aku tak suka sangat tapi bila dipikir balik ok la.....tak berapa merbahaya sangat.....tapi malang tak berbau.......tengah2 dok wat latihan satu demi satu tendangan dibuat,  tiba2 satu tendangan kencang mengena pada lengannya atas sikit pergelangan tangan.....huhhhhh sakitnyaa bukan kemain, masa kena,  tapi budget tak sakit, control macho la.....coach pulak kata tak de ape......aku pun rilek arrrrr........so masa pun tinggal lebih kurang 15 minit je lagi...suh berenti tak mau, masuk lak dok tengah padang dalam sakit2 tangan pun.


Hajat dihati memang nak bawak g klinik kebetulan klinik kat umah tutup so dok pk tak pe lah esok je lah pegi....so keesokan harinya jumpa sorang kawan, dia ni teror gak bak urut mengurut, tapi dia pun tak berani sangat nak urut ,  dia nasihatkan pegi klinik.  Aku pun dengan rela hati pegi la klinik kat dlm UIA ni, menurut doktor tangan Aqil ni kena buat x ray, so dia orang pun bagi la surat pegi Daya X Ray, aku tak tau sangat jln kat PJ Old Town, tu ajaklah husbang teman....dah abis x ray....keputusannya kurang memberangsangkan.  Mengikut kata doktor tulang dia ada sedikit retak....

 menunggu sementara doctor datang utk membuat x ray



masa nak x ray kat Daya


Selepas x ray lam kul 3,  pegi balik klinik UIA, Setelah di tinjau2 doktor pun berkata "puan saya kena refer ke PPUM la", coz ada retak la sikit.....oo'oo, ok lah kau menjawab, so pegi office sembahyang dulu then terus g PPUM lam kul 4.00, seperti biasa PPUM terkenal ngan parking nya yang agak melimpah ruah, so aku terpaksa lah paking kat atas (berbyar).
Disebabkan Aqil masih lagi kanak2 dibawah umur 12 tahun  aku pun  pegi lah kat Kecemasan bahagian Padeatrik.  

sekarang pukul 4.20 menunggu masa utk dipanggil


jam menunjukkan 5.45 petang menunggu keputusan x ray buat kali kedua selepas Daya X ray

aku cut la sikit lama sangat........

Setelah mendapat keputusan x-ray, aku diarahkan ke bilik othephedic utk disimenkan tangannya..

sebelum tu mendengar penerangan sikit dari doktor, tapi jap doktor nk jwab panggilan dulu


masa ni tengah check tekanan darah..


ok jom kita ke bilik yang digeruni Aqil, sebelum masuk macm2 dia tanya soalan antaranya

- guna apa
- pakai gunting ke tak
- sakit ke tak
- kena jahit ke tak
kena cucuk ke tak
kena bius ke tak
and bestnya mana lagi sakit sunat ke buat yang ni.....


satu jawapan aku bagi kat dia TAK SAKIT N BENDA KAT ATAS TU SUME DOKTOR TAK BUAT tapi nangis gak.....

 Baru nak masuk bilik
 




ini masa tengah simen.....tak sakit kan Aqil, siap gelak2 lagi

kesian lak tengok.....



Akhirnya....beginilah jadinya.....Aqil....Aqil......tapi masik tak serik2 lagi


Setelah selesai simen kena lak g bilik x-ray aduhhhh penatnyaaaaaaa ulang alik3......

Setelah sumenyer selesai baru la amk ubt, satu je pun dia orang bagi, paracetamol..

Total keseluruhan masa aku berada di PPUM dari 4.00 p.m hingglah 11.00 p.m.

Menurut kata Aqil minggu depan dah bleh men "aku ckp ngan dia pegi la main lari ngan tangan macam tu tak pun jadi keeper tahan ngan tangan tu" ada hati nak main...... 
 
Tapi yang bestnya byk peristiwa2 hitam aku lalui sepanjang dok kat PPUM ni apa tidaknya pesakit dok dpan mata je maklum lah bilik kecemasan.......rasanya kalau lagi lama boleh pengsan aku dibuatnya.

Ini lah pengalaman.....demi anakanda tercinta.....mak yang penakut ni pun terpaksa jadi berani walaupun terpaksa mengadap dinding masa menunggu kat depan bilik x-ray, coz ramai sangat pesakit yang nak di x-ray kan....huhhhhh................hhhhhhhhmmmmmmm kul 12.15 baru sampai rumah......

Sekian......................
















Saturday, April 9, 2011

Jenayah Membawa Padah? Anda berada di Zon selamat???




ishhh apa ni peluk2?????

nak tengok seterusnya?...aa...kena baca dulu,,,,,,,,,,,,,,,tapi tak upload lagi video seterusnya ni baru gimik

ni salah satu cara utk kita melepaskan diri dari penjenayah/perogol

tapi masa buat ni rasa cam betul2 kita bergelut ngan penjenayah......


WOMEN RESPONSE TECHNIQUE inilah sebenarnya....tanggal 7hb April saya dengan suka hati mengahadiri kursus "Woman Protection' dan saya setakat ni inilah yang terbaik dan bermanafaat utk kita. Bukan kata kursus yang lain tak baik tapi TERBAEKKKK paham ek!



seperti biasa gambar diambil utk kenangan......tersengih2


 nak jugak yer.....adus yang baju biru ini sudah lebih.....
2 keping gambar...
Dari kiri : Miza, Zam dan Kak Ita...budget lawa la tu.....
 


Banyak yang dipelajari semasa menghadiri 1 hari kursus WRT ni, disebabkan kursus ini berkenaan mempertahan kan diri untuk wanita dan penting kita ketahui, so marilah kita sama2 berkongsi tip2 yang berguna...utk kita jadikan panduan..

Pertama sekali saya nak citer dulu sikit pasal rogol dan cabul. Mengikut kata cikgu (gelaran yang diberi pada mereka yang mengajar) yang mengajar kita orang, cabul dan rogol adalah 2 benda yang berbeza.

> Cabul ertinya 
memegang atau menyentuh dalm perbuatan tak senonoh tanpa persetujuan tuan punya diri dan tanpa melakukan persetubuhan. (lebih kurang tapi mungkin ini tak berapa tepat ayat dia)


> Rogol
Di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain". Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup (berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual dibawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai "perbuatan tidak bermoral").
Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan "kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan", kesalahan yang juga membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga memasukkan kesalahan seksual baru yang dikenali sebagai "serangan melalui penembusan", yang mempunyai hukuman yang sama dengan hukuman rogol, dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.

Sebenarnya ada akta2 yang melindungi hak2  wanita, contohnya bukan DARI segi perbuatan saja kita boleh membuat lapuran polis malah seandainya anda di lempar dengan kata2 yang berbau lucah pun boleh membuat lapuran polis.  Dan ada juga undang2 yang melarang kita bercakap , menulis, perkara2 lucah terhadap seseorang dan menunjukkan perkara2 lucah menggunakan sign2 tertentu, ini adalah dianggap salah dan anda boleh juga didakwa.





Masa ni cikgu sedang memberi penerangan mengenai taktik2 yang dilakukan penjenayah/perogol2 dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM6 iaitu sebotol coca cola dan sebungkus ajinamoto.  Mengikut kata cikgu perogol akan menggunakan bahan tersebut utk menambahkan keghairahannya. (kalau nak tau betul ke tidak sila lah cuba tp utk yang dah kahwin je tau) masukkan segelas coca cola dan campurkan 2 sudu ajinamoto. 

Masa kursus ni jugak mereka ada menunjukkan gambar2 mangsa2 yang kena rogol tapi aku tak sampai ati nak tengok (menggunakan skrin besar lak tu) sungguh dahsyat.....

Antara2 tip2 yang diguna pakai semasa anda diserang perogol, actually banyak lagi tapi ni yang senang kita buat.

1) Cucuk mata perogol
2)  serang dibahagian kemaluannya
3) sape2 yang suka pakai heel ia merupakan satu bonus, pijak je kaki perogol dan tendang betis kuat2.
4) kalau boleh koyak mulut dan biar terkoyak kerana cebisan yang terkoyak boleh digunakan utk DNA.
5) sekiranya anda didatangi perogol dengan menggunakan senjata dan meletkkan dibelakang anda terus buat2 pengsan supaya orang ramai akan tengok bila kita jatuh.




gambar kenangan setelah selesai program....yg barisan tengah berdiri no 5 dari kiri aku la tu...




Untuk keterangan lanjut sila buka laman web ini....

  CPP trainning and services.com










Thursday, April 7, 2011

Kesibukan ku kian bertambah....

Sejak akhir2 ni aku dah jadi mcam menteri2 besak pulak....sibuk memanjang apa tidaknya hari minggu sibuk ngan Aqil n Soccer Kidnyer...hari2 biasalak sibuk ngan anak2 la tuisyen lak...aduhhh lotihnyerrrr.....

blog pun tak sempat nak jenguk, hari ni pun curi2 tapi tak pe...pas ni  operasi mengupdate blog akan dilakukan jam 12.00 malam, sanggup tu...itu pun kalau tak mengantuk....hu..hu.he..


ni la tempat tusyennye......


Tapi yang kesiannya bila dah kesuntukan masa pada hari tusyen ini lah jadinya......sian anak2 aku ni.....sorry ek bukan selalu....wat cn ner...dah terpaksa sayang.......


cm tak lalu je makan.....

nak tak nak kena makan jugak

atas keter pun jadi

tu dia sha sha semangat nak g tusyen, tak penah2 makan nasi haaaa.....tengok>>>



Apa-apa pun semoga hero dan heroin aku ni berjaya!!!!!!!!!!!!!dalam pelajaran.....

Sunday, April 3, 2011

Tahniah Sam!!!!! Anugerah Popular Berita Harian 2010

Sanggup aku tak tidur semata2 ingin menyampaikan ucapan Tahniah kepada Der kita SHAHEIZY SAM, walaupun mungkin dia tak baca punnnnnnnn....peduli apa aku....tapi sekurang2nya aku puas hati sebab dia menang.....



http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/27527_126147244073453_6826_n.jpg

anak kesayangan  mummy...

I levvvvvvvvvvwwwww uuuuuuuuuuuuuu!!!!.....................


Thank You Siti....memberi peluang pada artis lain pulak.....memang patut punnnnn (sambil pusing2 tangan)

lisa dan samt


Tapi yang ni aku suka....Tahniah jugak kpd Lisa Surihani dan Tahniah kerana anda mungkin akan menjadi pasangan yang secocok....memang betul bagai pinang di belah kapak oppp sorry dua la... suke...suke...suke...(gediknyer)