Saturday, April 16, 2011

Mari belajar masak nasi dagang....

Weekend ni aku agak free sikit almaklumlah aqil dikenakan rehat dari bermain bola sementara tangannya pulih seperti sediakala. Bila? masih dalam pertimbangan.....

Tak de plan nak g jalan..... tempat paling sesuai cam biasa, rumah anak buat kat Kota Kemuning....Kebetulan kat rumah ada satu paket beras nasi dagang, so takut expiry maka dengan penuh kerajinan buat lah nasi dagang utk anak buah, dia pun memang lama dah nak makan..


dah!dah!byak lak ngomel....mai kita tengok bahan2 dan cara2 membuatnya....

1. 1 kilo beras nasi dagang
2. sebiji kelapa
3. 5 ulas bawang kecil
4. 1 inci halia
5. sedikit halba
6. garam
7. gula

Cara membuatnya :

sebelum membuatnya, beras hendaklah di rendam sekurang2 nya 8 jam bersama dengan halba/
atau pun malam rendam keesokkan pagi boleh lah buat.

1. jerang air didalm bekas kukusan
   sambil itu mayang bawang, bawang putih 2 ulas dan halia
2. mula perah utk diambil kepala santan dalam 2 cawan, kemudian santan cair dalam 4 cawan
3. didalam santan pekat masukkan bawang dan halia yang dimayang tadi, masukkan juga garam dan gula ikut citarasa masing2
4 Bila air mendidih masukkan beras yang ditoskan kedalam periuk kukusan, utk kukusan pertama dlam 15 minit kemudian angkat masukkan beras dalam bekas yang besar dan dicampur dengan santan cair td.
5. kukus utk kali kedua, selama lebih kurang 30 minit sambil tu bukak dan balik2 kan beras tersebut.
6. Akhir sekali angkat masukkan didalam bekas besar tadi dan campurkan pula dengan santan pekat yang berisi bawang, halia, garam dan gula. Kukus semula dlm 5 hingga10 minit dan siap utk dihidang.

Sila lihat hasilnya dibawah dan kalau rasa susah sangat nak buat pegi je kat Kampung Baru....hu...hu....

nasi dagang baru diangkat dari kukusan



nasi dagang sedia utk dimkn.....sebelum tu tengok la gmbr2 dulu......


 udang penambah lauk...

 kari udang.....

 kari ikan tongkol

 
hidangan sudah tersedia.......

 kasi zoom sikit.....cm samerr jeee...

Masa utk makan.....aku menggunakan model tempatan utk mencuba dan menilai nasi dagang yang tak seberapa ini....
Ini lah kak long anak buah aku yang menjadi model tengah "makan nasi dagang", sori ekkk....tak mtk permission masukkan gmbr ni...kkii..kiii...

ish....ishh...... makannn tak ingt org belakang....

 fuhhhh seleranya makan licin segala lauk pauk.......

 walaupun aku tak teror masak cam mak tapi......kesannya......tu dia......beersih......


Selamat mencuba!!!!!!!!!!!



Monday, April 11, 2011

Tersangatlah Bahaya!

Kejadian ni berlaku pada pukul 8 pagi, dimanakah pihak berkuasa? Kenapa ini boleh terjadi? Sila pantau dan ambil perhatian....

Cuba anda tengok betul2 video dibawah ni......apa perasaan anda? Tiada penhadang langsung di setiap sisi.....



boleh tahan laju.....



mak oiiiii corner baring tuuuu



Bismillahirahmanirahim.......tengah potong ni....selamat la.....




yang bestnya lori ni siap boleh wat u turn lagi......


masa aku nak potong lori ni rasa cam nak luruh jantung......apa taknya batu yang dibawa bukannya sebarang batu weiiiii......uishhhhhh bahaya...bahaya......



JANGAN TIRU AKSI INI!!!!!!!!!!


 

JIKA ANDA DIBAWAH UMUR SILA MENDAPAT MENGAWASAN DARI IBUBAPA ANDA......


 

Aku pun tak tahu cmaner Aqil leh buat cmni rasanya dalam keturunan kami tak de pulak ahli silap mata....





Believe or Not???????????

BILA JADI GOAL KEEPER....BEGINILAH AKIBATNYA......

Seperti biasa latihan demi latihan diadakan setiap sabtu dan ahad, tapi pada ahad yang lepas 10/4/2011....aku agak keciwa sikit.....tapi na wat camaner....

Aqil memang dari dulu nak men keeper kononnya, tapi aku tak suka sangat tapi bila dipikir balik ok la.....tak berapa merbahaya sangat.....tapi malang tak berbau.......tengah2 dok wat latihan satu demi satu tendangan dibuat,  tiba2 satu tendangan kencang mengena pada lengannya atas sikit pergelangan tangan.....huhhhhh sakitnyaa bukan kemain, masa kena,  tapi budget tak sakit, control macho la.....coach pulak kata tak de ape......aku pun rilek arrrrr........so masa pun tinggal lebih kurang 15 minit je lagi...suh berenti tak mau, masuk lak dok tengah padang dalam sakit2 tangan pun.


Hajat dihati memang nak bawak g klinik kebetulan klinik kat umah tutup so dok pk tak pe lah esok je lah pegi....so keesokan harinya jumpa sorang kawan, dia ni teror gak bak urut mengurut, tapi dia pun tak berani sangat nak urut ,  dia nasihatkan pegi klinik.  Aku pun dengan rela hati pegi la klinik kat dlm UIA ni, menurut doktor tangan Aqil ni kena buat x ray, so dia orang pun bagi la surat pegi Daya X Ray, aku tak tau sangat jln kat PJ Old Town, tu ajaklah husbang teman....dah abis x ray....keputusannya kurang memberangsangkan.  Mengikut kata doktor tulang dia ada sedikit retak....

 menunggu sementara doctor datang utk membuat x ray



masa nak x ray kat Daya


Selepas x ray lam kul 3,  pegi balik klinik UIA, Setelah di tinjau2 doktor pun berkata "puan saya kena refer ke PPUM la", coz ada retak la sikit.....oo'oo, ok lah kau menjawab, so pegi office sembahyang dulu then terus g PPUM lam kul 4.00, seperti biasa PPUM terkenal ngan parking nya yang agak melimpah ruah, so aku terpaksa lah paking kat atas (berbyar).
Disebabkan Aqil masih lagi kanak2 dibawah umur 12 tahun  aku pun  pegi lah kat Kecemasan bahagian Padeatrik.  

sekarang pukul 4.20 menunggu masa utk dipanggil


jam menunjukkan 5.45 petang menunggu keputusan x ray buat kali kedua selepas Daya X ray

aku cut la sikit lama sangat........

Setelah mendapat keputusan x-ray, aku diarahkan ke bilik othephedic utk disimenkan tangannya..

sebelum tu mendengar penerangan sikit dari doktor, tapi jap doktor nk jwab panggilan dulu


masa ni tengah check tekanan darah..


ok jom kita ke bilik yang digeruni Aqil, sebelum masuk macm2 dia tanya soalan antaranya

- guna apa
- pakai gunting ke tak
- sakit ke tak
- kena jahit ke tak
kena cucuk ke tak
kena bius ke tak
and bestnya mana lagi sakit sunat ke buat yang ni.....


satu jawapan aku bagi kat dia TAK SAKIT N BENDA KAT ATAS TU SUME DOKTOR TAK BUAT tapi nangis gak.....

 Baru nak masuk bilik
 




ini masa tengah simen.....tak sakit kan Aqil, siap gelak2 lagi

kesian lak tengok.....



Akhirnya....beginilah jadinya.....Aqil....Aqil......tapi masik tak serik2 lagi


Setelah selesai simen kena lak g bilik x-ray aduhhhh penatnyaaaaaaa ulang alik3......

Setelah sumenyer selesai baru la amk ubt, satu je pun dia orang bagi, paracetamol..

Total keseluruhan masa aku berada di PPUM dari 4.00 p.m hingglah 11.00 p.m.

Menurut kata Aqil minggu depan dah bleh men "aku ckp ngan dia pegi la main lari ngan tangan macam tu tak pun jadi keeper tahan ngan tangan tu" ada hati nak main...... 
 
Tapi yang bestnya byk peristiwa2 hitam aku lalui sepanjang dok kat PPUM ni apa tidaknya pesakit dok dpan mata je maklum lah bilik kecemasan.......rasanya kalau lagi lama boleh pengsan aku dibuatnya.

Ini lah pengalaman.....demi anakanda tercinta.....mak yang penakut ni pun terpaksa jadi berani walaupun terpaksa mengadap dinding masa menunggu kat depan bilik x-ray, coz ramai sangat pesakit yang nak di x-ray kan....huhhhhh................hhhhhhhhmmmmmmm kul 12.15 baru sampai rumah......

Sekian......................
















Saturday, April 9, 2011

Jenayah Membawa Padah? Anda berada di Zon selamat???




ishhh apa ni peluk2?????

nak tengok seterusnya?...aa...kena baca dulu,,,,,,,,,,,,,,,tapi tak upload lagi video seterusnya ni baru gimik

ni salah satu cara utk kita melepaskan diri dari penjenayah/perogol

tapi masa buat ni rasa cam betul2 kita bergelut ngan penjenayah......


WOMEN RESPONSE TECHNIQUE inilah sebenarnya....tanggal 7hb April saya dengan suka hati mengahadiri kursus "Woman Protection' dan saya setakat ni inilah yang terbaik dan bermanafaat utk kita. Bukan kata kursus yang lain tak baik tapi TERBAEKKKK paham ek!



seperti biasa gambar diambil utk kenangan......tersengih2


 nak jugak yer.....adus yang baju biru ini sudah lebih.....
2 keping gambar...
Dari kiri : Miza, Zam dan Kak Ita...budget lawa la tu.....
 


Banyak yang dipelajari semasa menghadiri 1 hari kursus WRT ni, disebabkan kursus ini berkenaan mempertahan kan diri untuk wanita dan penting kita ketahui, so marilah kita sama2 berkongsi tip2 yang berguna...utk kita jadikan panduan..

Pertama sekali saya nak citer dulu sikit pasal rogol dan cabul. Mengikut kata cikgu (gelaran yang diberi pada mereka yang mengajar) yang mengajar kita orang, cabul dan rogol adalah 2 benda yang berbeza.

> Cabul ertinya 
memegang atau menyentuh dalm perbuatan tak senonoh tanpa persetujuan tuan punya diri dan tanpa melakukan persetubuhan. (lebih kurang tapi mungkin ini tak berapa tepat ayat dia)


> Rogol
Di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain". Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup (berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual dibawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai "perbuatan tidak bermoral").
Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan "kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan", kesalahan yang juga membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga memasukkan kesalahan seksual baru yang dikenali sebagai "serangan melalui penembusan", yang mempunyai hukuman yang sama dengan hukuman rogol, dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.

Sebenarnya ada akta2 yang melindungi hak2  wanita, contohnya bukan DARI segi perbuatan saja kita boleh membuat lapuran polis malah seandainya anda di lempar dengan kata2 yang berbau lucah pun boleh membuat lapuran polis.  Dan ada juga undang2 yang melarang kita bercakap , menulis, perkara2 lucah terhadap seseorang dan menunjukkan perkara2 lucah menggunakan sign2 tertentu, ini adalah dianggap salah dan anda boleh juga didakwa.





Masa ni cikgu sedang memberi penerangan mengenai taktik2 yang dilakukan penjenayah/perogol2 dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM6 iaitu sebotol coca cola dan sebungkus ajinamoto.  Mengikut kata cikgu perogol akan menggunakan bahan tersebut utk menambahkan keghairahannya. (kalau nak tau betul ke tidak sila lah cuba tp utk yang dah kahwin je tau) masukkan segelas coca cola dan campurkan 2 sudu ajinamoto. 

Masa kursus ni jugak mereka ada menunjukkan gambar2 mangsa2 yang kena rogol tapi aku tak sampai ati nak tengok (menggunakan skrin besar lak tu) sungguh dahsyat.....

Antara2 tip2 yang diguna pakai semasa anda diserang perogol, actually banyak lagi tapi ni yang senang kita buat.

1) Cucuk mata perogol
2)  serang dibahagian kemaluannya
3) sape2 yang suka pakai heel ia merupakan satu bonus, pijak je kaki perogol dan tendang betis kuat2.
4) kalau boleh koyak mulut dan biar terkoyak kerana cebisan yang terkoyak boleh digunakan utk DNA.
5) sekiranya anda didatangi perogol dengan menggunakan senjata dan meletkkan dibelakang anda terus buat2 pengsan supaya orang ramai akan tengok bila kita jatuh.




gambar kenangan setelah selesai program....yg barisan tengah berdiri no 5 dari kiri aku la tu...




Untuk keterangan lanjut sila buka laman web ini....

  CPP trainning and services.com










Thursday, April 7, 2011

Kesibukan ku kian bertambah....

Sejak akhir2 ni aku dah jadi mcam menteri2 besak pulak....sibuk memanjang apa tidaknya hari minggu sibuk ngan Aqil n Soccer Kidnyer...hari2 biasalak sibuk ngan anak2 la tuisyen lak...aduhhh lotihnyerrrr.....

blog pun tak sempat nak jenguk, hari ni pun curi2 tapi tak pe...pas ni  operasi mengupdate blog akan dilakukan jam 12.00 malam, sanggup tu...itu pun kalau tak mengantuk....hu..hu.he..


ni la tempat tusyennye......


Tapi yang kesiannya bila dah kesuntukan masa pada hari tusyen ini lah jadinya......sian anak2 aku ni.....sorry ek bukan selalu....wat cn ner...dah terpaksa sayang.......


cm tak lalu je makan.....

nak tak nak kena makan jugak

atas keter pun jadi

tu dia sha sha semangat nak g tusyen, tak penah2 makan nasi haaaa.....tengok>>>



Apa-apa pun semoga hero dan heroin aku ni berjaya!!!!!!!!!!!!!dalam pelajaran.....

Sunday, April 3, 2011

Tahniah Sam!!!!! Anugerah Popular Berita Harian 2010

Sanggup aku tak tidur semata2 ingin menyampaikan ucapan Tahniah kepada Der kita SHAHEIZY SAM, walaupun mungkin dia tak baca punnnnnnnn....peduli apa aku....tapi sekurang2nya aku puas hati sebab dia menang.....



http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/27527_126147244073453_6826_n.jpg

anak kesayangan  mummy...

I levvvvvvvvvvwwwww uuuuuuuuuuuuuu!!!!.....................


Thank You Siti....memberi peluang pada artis lain pulak.....memang patut punnnnn (sambil pusing2 tangan)

lisa dan samt


Tapi yang ni aku suka....Tahniah jugak kpd Lisa Surihani dan Tahniah kerana anda mungkin akan menjadi pasangan yang secocok....memang betul bagai pinang di belah kapak oppp sorry dua la... suke...suke...suke...(gediknyer)