Saturday, April 2, 2011

Anda sedang Mencari Tudung Pashmina....??

Selepas anta Aqil semalam jumpa Kak Yati, dia pun anta anaknya g soccer kid jugak, so dok citer2 sal SStwo Mall, dia pun teringin nak  pegi gak.

Sampai2 kat SStwo tu ninjau la jugak kedai2 kat luar tu, terjumpa la satu kiosk kat luar, jual tudung Pashmina cantik2 tudung kat situ and material pun lembut sangat, katanya direct dari Kashmir.  Owner dia pun dari Kashmir.


 cantik corak rimau ni harga asal RM59 tak silap lepas less RM29

 ini pun selepas less RM29, yang corak cam putih tu ada jugak warna hitam cantik...

 corak2 lain banyak lagi...yang purple tu pun lawa gak


 tapi yang paling aku suka corak bulat2 tu...tengok la kalau ada kerajinan dan kelapangan nak pegi beli lah jumaat ni, semalam kesuntukan masa nak membelek.  


 Siap ada plastik lagi...



 Cantikkk.....dan sangat sesuai pada yang suka shawl jenis pashmina


Menurut owner ni...sale ni sehingga 12/042011, and boleh booking dulu kalau berkenan dalam tempoh tersebut dan boleh ambil selepas tarikh tersebut dengan harga sale. Lupa nak bagi tau tak silap kiosk ni kat tingkat 1 (tak perasan la pulak) tapi pegi sana cari la sendiri ek, bwah tu yang ada jualan buku byak2.

Mean booking masa sale tapi ambil selepas sale tetapi bayar harga sale, paham tak??tak paham? ehmm pk la sendiri... tak paham ulang baca..... (byk2 kali) sehingga paham. Tak paham jugak pegi la tanya owner tu sendiri.

KISAH YANG MENARIK DAN MENDEBARKAN!!!!!!!!!!!!

Hari ni aku kena keje walaupun hari minggu (Ahad) tapi aku juga kena antar Aqil g latihan soccer kid ooo kalot la bangun pagi2.  Biasa la Aqil time dia nak g mana2 dikejarnya kita suh cepat2, pas tu dok mintak kunci keter,  apa la....., sibuk dia dok  cari kunci keter....cari nyer cari tak jumpa la  pulak?? Then aku suh dia cari btl2 pas tu???????????????????? Dub!Dab!Dub!Dab! jantungku bedegup kencang, oh tidak! aku lupa ambil kunci ke? "Aqil cuba tengok kat kete..." Mama...mama...kunci ada kat keter argghhhhhhhh!!!!!! tidakkkkk!!!!!!!!!!!! sib baik keter ada. Memang kalau perompak datang free2 je dpat keter. Mungkin jugak perompak cuti kot malam tadi.... Akibat kemalasan ku nak g tukar bateri remote kete, so kena pakai manual, bila pakai manula inilah jadinya....

Alhamdullilah, masih ada lagi rezeki.....



Huhhhh cam tak caya je....semalam kunci di pintu keter!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 1, 2011

mama!!!!!!!!!! nak jugak!!!!!!! (menguji kesabaran ku)

....dah namanya budak bukannya paham sangat......selepas pegi cari kat SStwo Mall tak de, dikejar2nya kita suh g MidValley, oooo byk cantikkkkk itulah budak2 zaman sekarang....tapi mak ni pulak jenis kesian..sat ag kwan2 sume guna benda tu  kan dia sorang lak tak de.  

Pk nye pk teringat kat belakang office aku tu ada satu kedai sukan, memperjudikan masa, selepas hantar dia orang sekolah terus  pegi la kat kedai tu, Memang dah rezeki Aqil, ada la pulak kat sini kalau tau tadi tak de la susah payah g SStwo Mall tu," tapi bagus gak boleh menjamu mata" he..he..he..

Ini lah rupanya.....waduhhh!!waduhhhh!! lotih dennnn....


harga pun boleh tahan...



dah la masa beli tengahari tu size 5 tak muat....ooooo berkejar2 la pulak petang lepas balik sekolah pegi balik kedai tu sib baik pintu tak tutp sume lagi.....kebetulan resit lak tak de  tapi Alhamdullillah  tuan nyer kedai tu tak berkira sangat so dapat jugak la tukar size 7, Maka dengan gembiranya lah Aqil balik rumah tadi.  Sekarang ni tak sabar2 nak g soccer kid esok... huhhhhhhh!!!!!!!Alkisahnya kesabaran dihari jumaat......

Warehouse Sale kat SStwo Mall, PJ sehingga 10/04/11

Bukan niat nak pegi pun tapi aqil ni  dok sibuk suh belikan  glove utk pakai esok masa latihan bolasepak nak jadi keeper.  So kebetulan ternampak banner kat jalan besar dpn office ni ada  banner yang bercetak  "Warehouse Sale" sale barang2 sport lak tu, so mengambil kesempatan bersempena hari jumaat yang mendapat rehat yang akan panjang lantas menyimpang ke SStwo Mall.  bersama 2 orang hero dan heroin.

Tak tau la nape hari ni agak jam pulak  kat bulatan Rothman tu...agaknya disebabkan dia orang tengah wat jalan baru kot.....and masa pun dah menunjukkan kul 12.45 p.m, masa sampai situ, turun office kul 12.25 p.m memakan masa 1/2 jam nak sampai yang kebiasaanya 10 minit leh sampai, ini sume gara2 jam.  Hati dah mula bedebar takut2 tak sempat nak antar hero dan heroin aku ni, masuk sekolah kul 2.10 p.m lagipun kat depan masjid tu jam coz hari jumaat.

Cuba2 buat cool, -+ lam kul 1.00 p.m aku sampai kat SStwo Mall, huhhh akhirnya.....berlari2 mencari tempat yang dikatakan lubuk jualan murah.


First sekali aku nampak 


terdetik dalam hati bestnyaaa tapi "ala tak dan dah ni" nak merendek lama2 tak pelah cuba try test la dulu.



Cari punya cari tak de la pulak...aduhhh frustnya tapi yang jumpa  niiihhhh hahhhhh....tapi dah perangai budak tak dapat yang dicari pun tak pe janji ada benda boleh dibeli......J Guard namanya ni ekkk aku pun tak tau sebelum ni....




So disebabkan ada lagi masa, apalagi pusing lah setiap penjuru, memang best2 tapi tak sempat nak membelek cuma menjamu mata je.....tapi tak pe esok free boleh datang lagi...

Nilah antara gmabr2 yg sempat di kongsi dan kalau ada masa dan peluang boleh la u all lak mai sini :


pada mereka yang berada diluar kawasan Pj mungkin tak tau kot yang ada SStwo mall kat sini, sebenarnya ianya baru je operasi bulan yang lalu tapi  kurang pasti bila tapi kira baru sgt lagi la...


kasi gempak sikit.....


ni kasut2 berjenam seperti adidas, nike etc...

baju lelaki berjenama adidas, puma, lotto n etc...

yang ni lak mcm jenama ada...kemeja utk lelaki

ni best siap ada happy hour lagi tu...jenam Hush Puppies

Bantal pun ada sale...


cokelat pun adaaaa......


tapi cokelat tak byk sgt la.....harga kat dinding tu RM15.00


Kepada yang menggunakan brg2 loreal n Maybeline tdk juga ketinggalan 






potongan 50% utk lipstik

ni brg2 loreal



Actually byk lagi tapi letih la nak upload pegi la sendiri ekk....!!!! 


Jangan lupa hari terakhir 10/04/2011

Selamat Membazir!!!!!!!!





Tuesday, March 29, 2011

resepi puding gula hangus

Aku rasa resepi ni paling senang sekali nak buat...jom kita tengok gambarnya dulu then baru kita tengok cara2 membuatnya :-

 Caramel (Puding Gula Hangus)

tapi ini cara ku.....jangan samakan ngan resepi orang lain....mungkin dia orang lagi terror....

Bahan2nya :

1. 10 biji telur
2. 1 tin susu cair
3. 2 sudu kecil vanilla
4. 1 sudu custard (bagi yang suka keras)
5. 8 sudu gula (utk dijadikan gula hangus)




Cara membuatnya :


- Mula2 masak gula didalam loyang, bila nampak agak2 kuning  
   tutup api (takut telebih hangus) 
- Biarkan ia keras
- Didalam bekas kacau susu cair dan telur (gunakan garfu je) dan  
  masukkan vanila (kalau nak manis sikit masukkan gula 1 sudu)
- last masukkan custard (kacau lebih kuran 3 minit)
Kemudian tapiskan adunan ini kedalam bekas yang berisi gula hangus (sudah keras) tadi dan kukus lebih kurang 25 minit.


Pas tu bila masak masukkan dalam peti ais bagi ia sejuk.  Nyumy2 kalau makan diwaktu cuaca panas2  cam sekarang ni sambil2 menyejukkan tekak.

Selamat Mencuba!

~Penyanyi Baru Korea~?????




Kenalkah anda dengan penyanyi Korea ini, agak seksi sikit masa membuat persembahan.......




enter33









iklan jap










































siap angkat2 kaki lagi tu, pas tu angkat2 skirt lak tu...trade mark la tu (cm nak goda orang je!!)


pernah dengar tak lagu ini?  Aku pun tak tau betul ke tidak lirik yang dinyanyikan tu, tapi confident je sebutan dia tu....ha..ha...


serupa tapi tak sama....pening! pening!

(stokin2 yang tak cukup pasangannya, kepada sesiapa yang ada terjumpa maklumkan kepada aku!)

Cuba anda perhatikan betul2 nampak cam cukup pasangannya....tapi inilah masalah yang sentiasa dihadapi selepas basuh sume stokin2 sekolah.   Sume nye ada 20 pasang tak cmpur yang hilang lagi hanya dua pasang je yang betul2 ada pasangan dan yang selebihnya tengok la gmbar di atas tu (18 pasang yang sumenya tak de pasangan).  

Aku pun tak tau bila masalah ni boleh selesai, selagi boleh pakai, pakai je lah mana2 pasangan pun...waduhhhhhhh...waduhhhh ngapa an jadi begini.......