Monday, August 1, 2011

Rumusan Sale di Sogo

Rata2 sekarang sale! sale! n Sale!............saja nak share ngan kawan2 rasanya tahun ni merupakan kali keenam tak silap, bersamaan 6 tahun berturut2 aku menyimpan duit di Sogo setiap kali nak raya....


Dalam masa tiga, empat tahun yang lepas aku rasa Sogo ni mungkin the best pasaraya la utk membeli belah baju kanak2 n harganya pun memang berpatutan, tapi lately ni aku rasa Sogo dah makin menyengat bisanya, nak2 tahun ni hati dan perasaan ku sudah mula pudar terhadap sogo sebab kalau nak dibandingkan kecintaan ku dulu ngan Sogo sangatlah kuat. 


Contohnya setiap tahun kegemaran utk mcsha mestilah Barbie dan bila dibelek2 harga yang diletakkan tak logik la pulak, mcm gak kasut (barbie) semua yang ditawar pun yang tahun lepas nyer dan aku dah beli dan  dh old fesyen...tapi tak tahu la taste owg lain, hati dan perasaan tak sama kan....bak kata org2 tua rambut sama hitam hati lain lain.


Tapi boleh dikatakan 80% aku wat survey harga tak semurah yang dulu mungkin harga barang dah naik kot tapi kalau barang2 yang lain tak la seteruk baju kanak2.   Kalau mereka2 yg dah biasa ngan harga sogo mungkin perasan kot.  Ada gak aku tengok dia naikkan harga melambung sehingga beratus2 n potong lak konon2nya 70%.  Inilah taktik orang berniaga.

So utk para ibu2 berhati2 lah semasa membeli jangan tertipu ngan harga yang ditawarkan....

 



No comments:

Post a Comment