Ibu.........
Setiap kali bila hampir menjelangnya hari raya hati ini tidak putus2 berdoa agar Tuhan memanjangkan umurmu moga2 dengan doa anakmu ini maka termakbul lah permintaan anakmu......
.....Namun AJAL DAN MAUT adalah ketentuan Allah s.w.t....kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja.....
Tanggal 26hb Mei 2011 jam 9.15 pagi kau pergi jua akhirnya.......hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi nak menyambut ramadhan......"Ya Allah kenapa sekarang?" kenapa tak selepas raya? "Ya Allah kenapa sume ni terjadi?" "Ya Allah aku dah tak de mak lagi? "Betul ke apa yang terjadi sekarang?" Ini lah antara kata2 yang berlegar2 dlm kepala masa tu....susah nak bygkan mcmana perasaan aku masa tu...
Ibu.....
"Aku rindu nak salam masa pagi raya"......"aku rindu gelak ketawamu dipagi raya" "aku rindu juadah dari air tangan mu ibu".....aku cuba buang perasaan tu tapi aku tak kuat......
Walaupun kita tidak bersama tapi rindu terpadam sekejap bila aku menziarah pusara mu ibu......
Setakat ni la dulu coretan ku....bukan niat nak bersedih di Hari Raya tapi sekadar meluahkan isi hati.....rasanya tak daya lagi nak menaip buat masa ni...mungkin bila hati dapat dipujuk redalah rindu di hati......
Ibu....
"Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu disana...."
Semoga kau ditempatkan disamping orang2 yang beriman dan beramal soleh......
Al-Fatihah.....
No comments:
Post a Comment