Monday, May 2, 2011

Akhirnya sampai jugak aku kat Pusat Sains Negara....

Peperiksaan utk penggal kedua makin hampir, bersempena cuti hari pekerja ni kononnya tak nak lah buang masa cam tu je...tapi anak2 aku ni tak boleh kalau dok rumah ....mesti gak kena g jalan.....

So mengambil kesempatan bersempena cuti hari pekerja lagi pun dah lama nak bawak mereka g Pusat Sains Negara maka tercapai la cita2 ku hari ni......Isnin 2/5/2011....

....tapi sebelum tu nak citer n gelak sikit, tak de pun lawak sangat tapi.....cuba baca perbualan ni..

Biasalah lah sebelum g jalan perut kena isi dulu, maka kami anak beranak singgah la Pizza Hut.....kt Sri Damansara....


Waitress : Order apa Cik
aku         : Bagi Kids Meal satu n satu sensasi delight

makanan pun sampai.....cuma aiskrim je tak sampai lagi....

aku        : dik (waiter) aiskrim tak sampai lagi....
waiter    : Sambil menghampiri ku dan bertanya nak perasa apa? Strawberry, Cokelat n Vanilla??
Aku       : Sha Sha nak perasa apa? jawab Sha Sha "Vanilla mama", lalu memberitahu waiter ok Vanilla ek!!
Waiter   : Strawberry, Vanilla takde Cokelat je ada.
Aku      : Dengan spontan aku ckp, abis nape tadi tanya nak perasa apa? tak yah la tanya.
Waiter  : terdiam..
Aku     : Gelak  (tapi gelak2 gurau) ada gak gelak2 gurau ek......( takut dia malu...huu..huu...huu....)


Tulah citer nye.....jom ahhhh kita tengok koleksi2 yang diambil kat Pusat Sains Negara lak.....


Kubah yang menjadi trd mark Pusat Sains Negara



Pintu masuk....



Bayaran yang dikenakan

Apa2 kemusykilan sila hubungi nombor di atas.....


Ini baru pengenalan.......jom kita masuk dalam lak.....


ini lah model tetap aku......

masa mula2 masuk




Ini bilik pengklenonan, tapi masuk sama je tak tukar jadi apa2 pun

Chewah!!! cam gf n bf lak...berjenis2 ikan yang ada..













Dalam ni jugak ada replika orang Utan yang tengah main muzik....















Disebelah tu ada beberapa ekor anjing yang sedang berjoget2....













Cam anjing betul je....Sha Sha takut, tapi control berani....










Ni pulak masuk bab dinasour........



Mula2 masuk tu kita akan nampak dinasour besar ditengah2nya.





Ini pula kat bahagian2 dinasour je.......





telur dinoasour (nampak tak anak dinasour kat dalam)


jaga2 Sha nanti dia ngam tangan tu...

Ini bahagian lain lak


 bila kita berdiri kat sini bunga2 akan keluar kat dinding tu....


 Alat muzik...


ni dia panggil apa ntah....tapi bola dia akan terapung...

Sempat lawan ches ngan Sha Sha


dah la pakai skirt....ganas la Sha tak sesuai naik benda ni....


Ini dia akan gerakkan badan kita mengikut pusingan tayar basikal...


Dah puas main dia bergayut la Sha Sha ni.....


Cara2 memproses makanan


Tempat main utk kanak2 berusia 7 thn keatas.....


Ini bilik 3D... best msk cni....


Kedai Souvnier pun ada

  Cafe pun ada..

 Bagi yang beragama Islam surau juga disediakan.....


Sha Sha dapat hadiah coz main mainan kat bwh ni....tiket RM2.00 kalau nak main



Sebelum balik singgah kat Taman Rama-rama (area c2 gak)


menuju ke taman rama-rama


cantik kat dalam taman ni...tapi tak de la besar sangat



Besar rama2 ni.....



Pokok orkid pun ada..


amboi! amboi! kemain mesra gitu....



jinak rama2 kat sini....


Banyak lagi gmbr2 tapi tak larat nak upload bagi yang belum pergi, boleh lah pegi hujung minggu ni.... berbaloi la jugak......terutamnya yang ada anak....


Pandangan luarPusat Sains Negara......

Majlis khatam quran di sekolah Sri Petaling

Pertama kali aku dengar sekolah kebangsaan buat khatam quran, rupanya sebelum2 ni pun dah ada kat sekolah anak aku, caner lak aku tak tau.....


Mungkin kat sekolah2 lain pun ada gak tapi ini yang aku nak kongsi kat sekolah Sri Petaling, yg mana dua2 anak aku sekolah kat sini.

Kalau tak kerana Aqil masuk persembahan nasyid tak sampai la aku kesini....so dah tau tiap2 tahun diadakan majlis khatam ni, boleh lah datang lagi utk tahun2 seterusnya.....dan InsyAllah kalau tau depan Aqil n Syasya sempat habis quran boleh lah buat khatam sekali.


Tengoklah para2 ustaz sedang menunggu giliran utk membuat persembahan.....tapi sebelum tu kita tengok dulu sekitar majlis tersebut......


Aqil sgt suka gmbar ni....




ni la peserta2 yang mengambil bahagian lebih kurang 60 orang......

Ibu bapa yang hadir, dan masa ni murid2 bersalam ngn mak dan ayah masing2 setelah selesai majlis tersebut...

ni lah sebahagian murid2 yang datang, yang perempuan pun ramai gak.....

masing2 sibuk nak ambik gmbar


peserta diberi sijil selepas berkhatam.


ni lah nasi yang diagihkan kepada murid2


kesian Aqil, terpaksa menggunakan tangan kiri......aiii apa nak buat....

bukan sekatat murid2 je di beri makan ibu bapa pun turut serta......ini memang tak dijangka dah rezeki.....

pulut kuning pun ada.....


tiba la masa yang di tunggu2 utk Aqil membuat persembahan.....


Sebenarnya ada beberapa lagi persembahan disebabkan Aqil tak join so tak de la aku ambk gmbr2 tersebut...he..he..he...

Majlis tersebut diakhiri dengan ceramah...ala lupa nama Ustaz jemputan tu.....sibuk sangat dok bergmbr.....

Kami tak pulang tangan kosong setiap tetamu yang hadir termasuk lah murid2, mereka diberikan bunga telur satu sorang....huhhhh byk budget tu.......

ni la antara bunga telur yang disediakan......

Semoga majlis ini akan menjadi majlis tahunan utk masa2 akan datang....Syabas Sekolah Kebangsaan Sri Petaling......walaupun murid2nya ramai juga yang terdiri dari pelbagai kaum tetapi adat2 melayu masih di titikberatkan......sekali lagi Tahniah kepada Guru Besar sekolah tersebut Puan Anum Zakiah.......