Tuesday, March 29, 2011

resepi puding gula hangus

Aku rasa resepi ni paling senang sekali nak buat...jom kita tengok gambarnya dulu then baru kita tengok cara2 membuatnya :-

 Caramel (Puding Gula Hangus)

tapi ini cara ku.....jangan samakan ngan resepi orang lain....mungkin dia orang lagi terror....

Bahan2nya :

1. 10 biji telur
2. 1 tin susu cair
3. 2 sudu kecil vanilla
4. 1 sudu custard (bagi yang suka keras)
5. 8 sudu gula (utk dijadikan gula hangus)




Cara membuatnya :


- Mula2 masak gula didalam loyang, bila nampak agak2 kuning  
   tutup api (takut telebih hangus) 
- Biarkan ia keras
- Didalam bekas kacau susu cair dan telur (gunakan garfu je) dan  
  masukkan vanila (kalau nak manis sikit masukkan gula 1 sudu)
- last masukkan custard (kacau lebih kuran 3 minit)
Kemudian tapiskan adunan ini kedalam bekas yang berisi gula hangus (sudah keras) tadi dan kukus lebih kurang 25 minit.


Pas tu bila masak masukkan dalam peti ais bagi ia sejuk.  Nyumy2 kalau makan diwaktu cuaca panas2  cam sekarang ni sambil2 menyejukkan tekak.

Selamat Mencuba!

~Penyanyi Baru Korea~?????




Kenalkah anda dengan penyanyi Korea ini, agak seksi sikit masa membuat persembahan.......




enter33









iklan jap










































siap angkat2 kaki lagi tu, pas tu angkat2 skirt lak tu...trade mark la tu (cm nak goda orang je!!)


pernah dengar tak lagu ini?  Aku pun tak tau betul ke tidak lirik yang dinyanyikan tu, tapi confident je sebutan dia tu....ha..ha...


serupa tapi tak sama....pening! pening!

(stokin2 yang tak cukup pasangannya, kepada sesiapa yang ada terjumpa maklumkan kepada aku!)

Cuba anda perhatikan betul2 nampak cam cukup pasangannya....tapi inilah masalah yang sentiasa dihadapi selepas basuh sume stokin2 sekolah.   Sume nye ada 20 pasang tak cmpur yang hilang lagi hanya dua pasang je yang betul2 ada pasangan dan yang selebihnya tengok la gmbar di atas tu (18 pasang yang sumenya tak de pasangan).  

Aku pun tak tau bila masalah ni boleh selesai, selagi boleh pakai, pakai je lah mana2 pasangan pun...waduhhhhhhh...waduhhhh ngapa an jadi begini.......

Sunday, March 27, 2011

cheese cake...

Hari  jumaat lepas anak buah call nak sangat makan cheese kek katanya.....so aku yang tak berapa pandai ni buatlah cheese cake utknya....


Setelah dimake-up ni la hasilnya..






tapi sape2 nak mencuba boleh la  buat ikut resepi aku ni...walaupun tak pandai tapi anak buah aku ckp sedap ye ke idak tu..... Specialnya kek ni tak yah nak bakar so sape2 yang tak de oven bleh lah buat gak. Semalam anak buah aku buat sendiri dia bagi kat aku jadi pun n sedapppp......

Bahan-bahannya :

Bahan A

Biskut oreo 3 bungkus
mentega separuh (180 gm)


 Bahan B

1. Philapedia cream cheese - 2 ketul
2. Whipping cream (1 kotak kecil)
3. Gula 3/4 cawan
4. Susu cair/susu segar - (separuh)
5. Esen vanila (2 penutup botol)
6. Gelatin (cari yang halal)


Cara membuatnya :-

Bahan A

1. Masak mentega dan tuangkan dalam bekas yang mengandungi biskut (hancurkan biskut)
    gaul2 supaya boleh dikepal.  ~ guna 2 bungkus je oreo buang krimnya
2. Ambil foiler letak dalam loyang dan tuangkan biskut yang dicmpurkan ngan mentega tadi, tekan2 sampai 
   cantik.(sementara tu letak jap lm peti)

Untuk bahan B 

1. Mula-mula putar cheese cream bersama gula sehingga ringan.
2. Pas tu lm bekas lain putar lak whipping cream sehingga pekat.
3. sementara tu masak gelatin bersama susu hingga hancur |(pas tu tutup api), kacau sehingga agk2 sejuk
4. Last sekali whipping tadi dicmpur lak ngan cheese bersama gula tadi then masukkan esen sambil2 tu tuang  
    gelatin tadi (dan boleh lah patah2 kan orea dalam adunan ni)
5. Ambil loyang tadi tuankan adunan kedalam loyang biarkan selama 4 jam, and ready to eat....

Cuba la buat pas tu kala jadi bagi la tau........










Saturday, March 26, 2011

Antara iklan yang tersohor di awal 80 an

Tidak dapat dinafikan lagi iklan rokok lah yang paling menjadi sebutan pada zaman dulu contohnya Peter Styvesent Travel, Perillys, Benson & Hedges dan paling menjadi sebutan liriknya "Dunhil" gaya mutu dan keunggulan. Kita saksikan sedutan iklan tersebut... yang penuh ngan nastolgia :




 iklan rokok dunhill......

suara sape lah agaknya ek dlm iklan ni.....

Seronok arrr tengok iklan dulu-dulu.

Wednesday, March 23, 2011

KEDAI MAKAN MESIN JAHIT????????????NO!!NO!!NO!! THAI BASE LA

eh..eh...awatnyer masuk kedai mesin jahit ni???oooo betul la.... restoran  "Thai Base" namanya.....uuuuuuuuhhhhhhhh

Disinilah tempat persinggahan biasa selepas pulang dari keje bila dah boring tukar lak tmpt len....ni dah lama tak datang semalam teringin lak nak makan kat sini....
mai nak perkenal kan serba sedikit sal restoran ni.


  Ianya berpusat di Bandar Sri Damansara tak de cawangan yer.......belakang ngan MAY BANK 


 ni la...kat depan tu byk pokok2



 cantik buku menu i likkkkeeeeeee.......


 ni antara menu nye...ikutkan byk lagi.....harga sgt memuaskan dengan rasanya sangat sedap (tak tau la org lain)


pesanan ku semalam :-
kuey tiaw - myself RM5.00

 nasi ayam masak merah RM6.90 -

 kuey tiaw (cantonese) mbik kau besa gedabak pinggan RM5.00 highly recommended



 blh abis ke Sha..


tu dia licin....

tinggal la ini yang.....tak berjaya dihabiskan terlampau banyak aku pun tak larat nak sapu bersih

 Sha Sha nyer kerja la ni.....segala sayur dan rumput rampai dia buang.... aku la tukang kutip....

sambil makan sambil menjahit he...he..he...

ini byk pasang baju leh siap......4 kaki sume boleh guna hu..hu...hu...

hiasan dalaman ditingkat satu

ini tingkat bawah...kalau malam lagi ramai......ini belum weekend...


yang pasti tempat ni best and highly recommended.......


and restoran ni penah kuar ?????????













tit


tit


tit


tit



tutttttttttt!!!!!!













jalan-jalan cari makannnnnnnnnnn...............

Saturday, March 19, 2011

Pantang larang orang2 tua dan logiknya



1. kata orang tua jangan duduk atas bantal nanti naik bisul
   (ikutkan tak de kaitan langsung bantal dan bisul)

   -  ada logiknya bila duduk atas bantal nanti bantal pecah


2. kata orang tua bila nyanyi kat dapur dapat suami tua
    (apa kaitan nyanyi ngan dapur ngan suami???? )

    - ada logiknya bila menyanyi di dapur kita jadi leka


 3. kata orang tua orang lelaki tak boleh makan berpindah randah  
     nanti kahwin ramai
     (org sekarang tak makan berpindah randah pun isteri ramai gak)..

     - ada logiknya takut nanti bersepah situ bersepah sini makanan 
       yang dimakan

4.  masa kita kecik2 dulu mak selalu ckap jangan bagi tumpah nasi  
     tu  nanti dia menangis
     (kita selalu tanya tak dengar pun)

     - ada logiknya kalau makan tumpah berselerak la rumah

5. kata orang tua dulu2 kalau makan makanan yang last dapat  
    suami   soleh (maka berebut la utk dihabiskan)
    
    - sebenarnya tak nak membazir

 6. kata orang tua2 kalau keluar rumah jgn patah balik nanti terjadi  
     sesuatu yang tak diingini..
     (semua tu Allah yang tentukan)

    - tapi ada logiknya takut lambat. 

setakat ni la dulu kamus pantang larang kita nanti kita sambung lagi....bila ada idea dan masa!



Rumah Berhantu Seksyen 2 Shah Alam.......









Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..



adakan ini benar terjadi?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.




Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310.


Sejauh manakah kebenarannya?? tapi berdebar gak masa baca citer ni......


Thursday, March 17, 2011

tsunami sana sini

Belum abis lagi tsunami kat Jepun, tiba2 ada la pulak tsunami kat mesia ni...opssss tak syg mulut betul....banjir kilat la....tapi  tempat perlu dirahsiakan takut nanti masuk cnn.....tak elok burukkan negara sendiri kan..

Kejadian ni baru je berlaku semalam (16/03/2011) bersamaan hari Rabu, ia melibatkan sebuah bangunan 4 tingkat sekitar PJ.....mungkin ini adalah bayangan tsunami yang sedang berlaku kat Jepun kot...tapi mungkin banjir kilat yg melanda sari dua ni.
Kejadian berlaku amat pantas
tetapi menurut kata kajibumi bangunan ini, tmpt ni masih lagi selamat didiami...cuma kami dinasihatkan supaya berjaga2.
Ini lah antara gambaran2 kejadian tersebut..



bekerja keras menyedut air keluar, cara inilah paling berkesan buat masa sekarang dan kita tidak perlu menggunakan jentera2 berat.







penyelamat2 khas yg diimport di setiap negeri





inilah satu2nya penyelamat perempuan yang berani ikut serta.....tapi nak komen sikit pakaian penyelamat tak berapa kena la




kerja2 menyedut air menggunakan paip getah, sdg dijlnkan oleh ahli2 yg profesional dlm bidang ni





kesan dari fenomena di atas


terpaksa menggunakan baldi utk tadahan air yang bocor.......

Selesai je tugas yang dibuat pasukan penyelamat ini terus membuat meeting tergempar bagi menyelesaikan masalah di atas.

Syabas kepada pasukan penyelamat. Anda sume hebat. Tanggal 17/3/2011 air berjaya dikeringkan.....




video 1


video 2



video 3
 ini lah antara video2 yang sempat dirakam.....


Bencana alam boleh berlaku dimana2...berhati2 lah....

Yang pasti kejadian di atas tak de kena mengena ngan tsnami atau banjir kilat....tapi masalah dalaman harap maklum....bikin kecoh je....

Tuesday, March 15, 2011

KEPONG METROPOLITAN

Ahad ari tu sibuk dok merengek2 nak pegi Taman layang2....Sape????? sape lagi hero n heroin la.....
untuk memuaskan hati pegi je lah....
sampai je sana huhhhhhh lautan manusia sedang mendongak ke langit....Kenapa????? main layang2 la....
buktinya nahhhh engkau!!!!!!!


reti nyer tidak eksyen nak main


kira ok la tu

nak jugak......

 playgroung yg sesak


bukan boleh main pun layang2 apa tidaknya asyik terlanggar orang je...last2 sekali balik cm tu jelah sebab ari pun nak hujan tapi tak pe hasrat dan cita2 tercapai......


Untuk panduan kalau cuti sekolah tak yah la g taman layang2 kat Kepong Metropolitan ni.....





Sunday, March 13, 2011

SETELAH 16 TAHUN BERPISAH AKHIRNYA BERTEMU DI HOUSE OF NASI KERABU,,,,,,



Setelah hampir 16 tahun berpisah akhirnya kami berjumpa di HOUSE OF NASI KERABU (cm jejak kasih la pulak) ceritanya begini....(ni pun byk cut) takut u all boring nak baca.....

16 tahun yang lampau aku ni boleh dikatakan pemos gak arrrr (he...he....perasan) tapi kt kampung la.....dan aku mempunyai beberapa orang kwn yg boleh dikatakan agak baik pada masa tu dan mempunyai perwatakan yang agak  giler2 ckt....(jauh berbeza ngan sekarang...dah insaf konon)

Bila masing2 dah kahwin maka terputus la hubungan......satu hari nak dijadikan cerita terjumpa la kwan aku yang sorang ni dalm face book (ayu) riang ria tak terkira....kami pun share la citer masing2....

Ayu ni dah berhijrah ke KL dan kebetulan masa ni dia tengah membuat persiapan utk restoran yang baru HOUSE OF NASI KERABU dan nak dijadikan cerita siap lah restoran tersebut sumwhe in March.

Dah lama sebenarnya aku nak menjejaki ke restoran tersbt tapi masa pulak mencemburui aku.....tapi ati ni kuat sgt nak jumpa disebabkan kerinduan yang amat...so plan ngan anak buah pada 11/3/11 nak dinner kat restoran dia.......


Ni la rupa restorannya


 Lot 89-G, Jalan Sg Prima 3, Prima Sri Gombak, Batu Caves Selangor.

keistimewaannya restoran ni....lain dari yang lain coz restoran ni ada diletakkan background yang menggambarkan suasana bandar Kota Bharu di zaman purba kala (hee...heee....masa tu mgkin  aku kecil lagi/belum lahir) kalau u all perasan kat wall tu ada terdapat gmbr REX HOTEL (ini merupakan bangunan lama di Bandar Kota Bharu tetapi sekarang dah tak de kot)....


ni nasi kerabu nara (Narathiwat-kalau tak silap)

ni pula nasi kerabu tumis RM6.80 ( ingat tk ingat harga ni)


goreng2 pun ada gak...aqil makan kuey tiaw.....nyumy2

(tak tau la masa ni apa yg membuatkan aqil terkejut sangat mungkin terlalu sedap kot!!)



dah pun abis.....


 biasa la dah kenyang tunggu apa lagi tidur la....aqil....aqil....

 
bergmbr bersama kawan lama Ayu....tuan punya Restoran House of Nasi Kerabu
ni la suami ayu  yang secocok bagaikan merpati 2 sejoli (muka pun dah hmpr sama) apapun .....syabas!!!! ayu dah jadi tauke sekarang.....


ai u promote kan main lagi ni tak de komisen ke....he he...gurau je tapi jgan lupa tambah diskaun ek.....












Saturday, March 12, 2011

PERPISAHAN YANG TAK KUDUGA.......



Disaat aku mengalunkan lagu ini kau telah pergi jauh...............ibu (inilah panggilan manja tuk sahabat juga jiran ku yang pastinya sentiasa didalam ingatan ku)
padahal umur dia jauh lebih muda pada aku tapi sume anak2 dan kwan2 yang lain memanggilnya ibu..

Tanggal 9/3/2011 aku tersentap mendengar berita yang jiran ku (ibu) akan pindah, bukan kl, bukan selangor tapi kampung asalnya Perlis...tergamam sekejap..."tipu lah ibu" aku seakan tak percaya dan sambil gelak2 aku menepuk bahunya jangan buat lawak la ibu.....

Tapi dari raut wajahnya aku tahu itu adalh kenyataan......huhhhhh dlam hati Tuhan saja yang tahu...


Selama ni dialah satu2nya jiran yang aku yang paling aku harapkan, "ibu tolong tengok rumah ek aku nak balik kg ni", "ibu nanti pegang kunci rumah ni ek", "ibu bila nak buat laksa ni" sumenya ibu.....tapi skarang.....sedihhhhhhnyerrrrr............

Sudah 4 jam dia meninggalkan aku mungkin dah hampir sampai kat kg kot......

tapi aku disini masih lagi menangisi perpisahan ini......


Ibu..............

aku masih ingat lagi, mula2 menjejaki kaki di sini kau lah orang pertama menyapa...aku
hari minggu ada je makan dibawa
bulan puasa kita tukar2 menu....
petang2 selalu sembang2 walaupun seminit (yelah akuka  selalu sibuk, balik keje pun lewat)
dan setiap kali  melepasi rumahku...mesti terdengar suara riuh mu ibu......
tapi kini........aku rindu sume tuuuuu...(waaaaa!!!!!waaa!!!!!!!waaa!!!!)

aku juga rindu Anis, Haizat dan Auni yang comellll........

aku rasa macam kehilangan sesuatu......tak tahu besok bila aku melepasi rumah mu ibu....mesti sebak.....


Ibu semoga keputusan yang ibu buat ni adalah yang terbaik dan semoga selamat sampai ke kg.

Seandainya ibu terbaca blog ni..aku ingin memohon beribu kemaafan dan halalkan segala makan dan minum Almaklum lah masa  nak berangkat tadi kita tak pandang muka masing2 disebabkan terlampau sedih malah aku tak mampu berkata2 apa2 semata2 tuk mengelakkan air mata bercucuran.



Ibu bila ibu rindukan kami disini dengarlah lagu diatas dan hayatilah bait2 lagu tersebut.



Aku akan sentiasa merindui mu ibu..........(JIRAN YANG SEJATI)



Friday, March 11, 2011

BiLa laaa.....BoLEh sAmPaI C NI.......

Universal Studio........

Anak buah aku baru balik dari Universal Studio, Singapura dia kata best sangt....bila la ada rezeki nak g cni...tengok gmbr je lah....