Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Belajar memasak

Salam utk kawan2 yang dok rajin menjenguk blog aku ni....

Saja nak khabar...kalau sape2 ada keinginan utk belajar memasak, contohnya kek, biskut, n lain2 lagi bleh lah cari aku....sebab aku ada srg sepupu ni, sangat pandai masak dan dia pun masuk kelas sbelum2 ni, so sekarang dah terror sgt kot so dia buat la kelas memasak.

Penyertaan limited minima 5 org, bayaran RM50 dikenakan setiap seorang utk 3 jenis kuih.

Sape2 yang berminat bleh contact saya..........

venue : Taman Sri Keramat.

Sunday, April 17, 2011

Agar-agar Ikan


Nak kata ikan emas tak jugak sebab warna hijau, klau ikan emas biasa warna oren oren sikit...mungkin ikan lumut kot...he.he...

Ada ke orang letak ikan dalam agar2? mana ada....ini namanya agar2 ikan sebab bekasnya berbentuk seperti ikan...uuhhhhhh!!!!
Meh nak ajar cara membuatnya....

Bahan2nya :-

1. 1 paket agar-agar
2. 1 cawan gula (ikut citarasa)
3. 1 kotak santan pekat
     beberapa helai daun pandan dan secubit garam


Cara2 membuatnya :-

1. 1/3 agar dimasak dan dicampur dengan 1 gelas air, setelah agar2 hancur    
     masukkan dalam 5 sudu gula dan akhir sekali masukkan air daun pandan 
     dan  1/3 santan

2. Setelah semuanya masak tuankan bekas yang berbentuk ikan, tuangkan  
    kedalam bentuk ikan dahulu (warna ikut suka)

3. sementara menunggu agar tadi keras, masakkan pula lebihan agar2 tadi     
    dengan semua lebihan santan gula dan garam

4. bila adunan pertama tadi agak2 dah beku masukan kesemua agar2 yang 
    dimasukkan santan sahaja utk permukaannya..

    Bila keras bolehlah dituangkan kedalam bekas dan hasilnya .........

taraaa!!!!!



anda akan dapati ikan tersebut berenang2 didalam bekas....
siap untuk di potong




fuhhhh tak sampai 10 minit tengok....dah pun separuhh...


Selamat Mencuba!!!

Tuesday, March 29, 2011

resepi puding gula hangus

Aku rasa resepi ni paling senang sekali nak buat...jom kita tengok gambarnya dulu then baru kita tengok cara2 membuatnya :-

 Caramel (Puding Gula Hangus)

tapi ini cara ku.....jangan samakan ngan resepi orang lain....mungkin dia orang lagi terror....

Bahan2nya :

1. 10 biji telur
2. 1 tin susu cair
3. 2 sudu kecil vanilla
4. 1 sudu custard (bagi yang suka keras)
5. 8 sudu gula (utk dijadikan gula hangus)




Cara membuatnya :


- Mula2 masak gula didalam loyang, bila nampak agak2 kuning  
   tutup api (takut telebih hangus) 
- Biarkan ia keras
- Didalam bekas kacau susu cair dan telur (gunakan garfu je) dan  
  masukkan vanila (kalau nak manis sikit masukkan gula 1 sudu)
- last masukkan custard (kacau lebih kuran 3 minit)
Kemudian tapiskan adunan ini kedalam bekas yang berisi gula hangus (sudah keras) tadi dan kukus lebih kurang 25 minit.


Pas tu bila masak masukkan dalam peti ais bagi ia sejuk.  Nyumy2 kalau makan diwaktu cuaca panas2  cam sekarang ni sambil2 menyejukkan tekak.

Selamat Mencuba!