Tuesday, June 28, 2011

~~kenangan pahit Sha Sha yang tak dapat dilupakan~~

Cerita ni berlaku tahun lepas semasa cuti sekolah.  Alkisahnya aku dengan senang lenangnya meninggalkan Sha Sha kat kampung, kebetulan cuti sekolah.

Seperti biasa kakak turun utk ke pejabat kul 7.00 pagi (masa ni tk pencen lagi), nak dijadikan citer pada hari tersebut selepas beliau keluar je dari rumah,  arwah mek lupa lak nak kunci gril, rasanya tak sampai seminit kakak keluar tiba2 datang seorang lelaki (mungkin bertopeng, mungkin tidak, sebab keterangan yang di berikan Sha Sha tak berapa jelas) menutup mulut Sha Sha (menggunakan towel kecil) yang berada didepan pintu. Bayangkan masa tu dia berusia 7 tahun meronta2 menyebut "mek orang jahat, mek orang jahat" nasib baik arwah mek perasan terus meluru dan membawa sebilah parang. Lelaki tersebut terus lari.....

Sha Sha dlam ketakutan call aku lam pukul 7.30 pagi kebetulan masa tu aku tak dengar dan selepas sampai office baru aku perasan ada  "missed call", biasalah aku akan menganggap Sha Sha ni saja2 nak main telefon so tak de la aku call dia balik, ....lam 10 mint kemudian dia call lagi, dan aku menjawab panggilan tersebut, bunyi cam serius..."Mama..mama...tadi ada orang jahat Sha Sha takut" jawab aku "jangan mengarut la Sha Sha pas tu aku pun cuba memendekkan perbualan lalu memutuskan perbualan  (hp).

Sha Sha call lagi kali ni dengan nada yang memang cemas "Mama...Mama...(sambil nangis) tadi ada orang jahat tutup mulut Sha Sha" bila dengar je dia ckp cam tu jantung aku mula berdegup kencang....."Sha yer ker? ye ke ni?"Ye la Mama (nada yang sedih) aku pun dengan cemas suh dia duk diam2 ngan arwah Mek sementara aku call kakak (kebetulan dia tak dengar lak hp) and Kak Long. Kami pun cuba dapatkan nombor sedara mara yang berada kat kg. dan memberitahu pasal kejadian tersebut.

Aku mengambil keputusan malam yang sama jugak aku bertolak pulang ke kampung. Semasa perjalanan pulang ke kg tak sampai 24 jam pun iaitu dalam pukul 3.00 pagi aku dikejutkan lagi dengan satu berita yang mengejutkan "Tak tahu lah samada lelaki yang sama atau penjahat yang lain datang kembali kerumah arwah mek dan berjaya merompak barang kemas bernilai RM......(boleh tahan jugak la byknya)"  dan hp 3 biji,  yang frustnye brang kemas tersebut bukan milik kita orang tetapi kepunyaan kawan kakak yang datang semata2 utk meneman kakak selepas kejadian pagi tersebut.

Dengat hanya mengait hand bag melalui tingkap je...pencuri tersebut dapat bergumbira dengan hasil yang sangat lumayan. (dunia kau bahagia akhirat belum tentu)!

Kami membuat report polis dan polis datang mengambil  cap jari tapi hasilnya sangat tidak memberangsangkan..

Antara persoalan yang kita ajukan dan jawapan yang diberikan.

Aku  :  Kita tak boleh ke buat kesan cap jari di pengait yang digunakan tu?

Polis    : Susah la sebab pengait (galah) tu permukaannya kesat.

Aku  : Agak2 boleh tak kita selesai kes ni?

Polis   :  Ohhhh ho ho...yang kes besar lagi pada ni pun kita susah nak selesai...ini kan kes cam ni di anggap 
             biasa la

Aku : (lam ati senangnye jawabbb). Abis tak leh ke kita buat skect gmbar penjahat tersebut?

Polis : Boleh tu boleh tapi ia melibatkan kos yang tinggi, nak kena sketch gmbar tu, lagi pun kes ni bukannya 
           menyebabkan kematian atau pembunuah. (??????...toing! toing!) pening! pening!

Aku : Huuuhhhhh huu (panas) dalm hati "Abis kau nak biar budak tu mati dulu baru nak sketch gmabr" come 
         on la....Malas nak tanya lagi "mengiya la apa yang di orang ckp.

Tapi dia orang tak fikir ke ini melibatkan nyawa seorang kanak2 dan dalam hari yang sama, kejadian yang sama, berlaku ditempat yang sama........@@@@@?????? toing! toing! pening! pening!

At the end citer ni hand bag dijumpai disebelah rumah (jiran) dan dihantar ke balai polis tapi dengan kecewanya habuk pun tak dak....

Disebabkan kejadian ni sehingga sekarang Sha Sha masih dihantui perasaan takut utk pulang ke kampung dan tinggalkan dia sorang2 kat sana tanpa aku bersama.  Kalau ditanya balik jalan citer nya dia cam cuba melupakannya tapi dia selalu ckap "Sha Sha selalu ingat kejadian tu"

@@@Nasib baik la Sha Sha  tidak diapa2 kan or diculik masa tu @@@@ Alhamdullillah Sha Sha selamat...syukur sangat2.





No comments:

Post a Comment