Sunday, April 17, 2011

Agar-agar Ikan


Nak kata ikan emas tak jugak sebab warna hijau, klau ikan emas biasa warna oren oren sikit...mungkin ikan lumut kot...he.he...

Ada ke orang letak ikan dalam agar2? mana ada....ini namanya agar2 ikan sebab bekasnya berbentuk seperti ikan...uuhhhhhh!!!!
Meh nak ajar cara membuatnya....

Bahan2nya :-

1. 1 paket agar-agar
2. 1 cawan gula (ikut citarasa)
3. 1 kotak santan pekat
     beberapa helai daun pandan dan secubit garam


Cara2 membuatnya :-

1. 1/3 agar dimasak dan dicampur dengan 1 gelas air, setelah agar2 hancur    
     masukkan dalam 5 sudu gula dan akhir sekali masukkan air daun pandan 
     dan  1/3 santan

2. Setelah semuanya masak tuankan bekas yang berbentuk ikan, tuangkan  
    kedalam bentuk ikan dahulu (warna ikut suka)

3. sementara menunggu agar tadi keras, masakkan pula lebihan agar2 tadi     
    dengan semua lebihan santan gula dan garam

4. bila adunan pertama tadi agak2 dah beku masukan kesemua agar2 yang 
    dimasukkan santan sahaja utk permukaannya..

    Bila keras bolehlah dituangkan kedalam bekas dan hasilnya .........

taraaa!!!!!



anda akan dapati ikan tersebut berenang2 didalam bekas....
siap untuk di potong




fuhhhh tak sampai 10 minit tengok....dah pun separuhh...


Selamat Mencuba!!!

1 comment: