Tuesday, December 13, 2011

puding berlapis koko & emulco strawberry

Pagi ni aku tersilap rajin kot, belum sarapan dah terpikir nak buat puding, bukan apa kebetulan ada lebihan bhn2 yang tersimpan manalah tahu lama2 kan expiry lak...

dengan kerajinan tersebut maka terhasilah ini....teng! teng!




sedia utk dimakan

sila2....sila tengok, he..he.


Bahan-bahan :-

1 bungkus agar2 yang kecil
air 4 cawan
gula 1 cawan
 susu cair 1 tin
emulco strawberry 1 sudu
tepung kastard 2 sudu
telur 2 biji
mentega 1/2 sudu
koko 1/4 cawan (van houten baru la sedap)

cara membuatnya :-

1. masak agar2 sehingga hancur kemudian masukkan gula

2. dalam bekas lain masukkan telur, kastard, susu cair dan kacau sehingga sebati (berbuih)

3. tuangkan kesemua bhn no (2) kedalam agar2 tadi kacau dan akhir sekali masukkan mentega 1/2 sudu

4. bahagi 2 bahagian satu masukkan koko satu lagi masukkan emulco strawberry

5. tuangkan selang seli dalam bekas cantik....baru selera nak makan.....



tgk gmbr yg dizoommm...

selamat mencuba!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment