Monday, December 5, 2011

Takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat dan keluarga.....

Agak terkejut bila membaca berita kematian adik Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan "Apex" iaitu penjaga gol utama negara kita, apapun itu adalah ketentuanNya.


Adik beliau, Moha Amirul Izzat Che Mat berumur 16 tahun menghembuskan nafas terakhir jam lebih kurang pukul 11.30 pagi dan menurut sumber kematian arwah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru akibat demam denggi.

Semoga "Apex" lebih tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran lebih2 lagi kehilangan adik tersayang....

Ditanah perkuburan Islam, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan.


“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.

Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.


Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.....semoga arwah ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh....Amin



Al-Fatihah......


No comments:

Post a Comment