Tuesday, March 1, 2011

RESEPI PUDING BERKUAH COCKTAILS

Assalamualaikum.....sume bloger2 dan kawan2.....

Biasalah lah bila buat puding ni teringat kat kawan2 nak bagi tak cukup so kita share je lah resepi ni....yerrrrrrr


PUDING BERKUAH COCKTAILS

BAHAN2 A UTK PUDING

1. agar 1/2 packet

2. custard 6 sudu

3. jagung manis 1 tin

4. susu cair 1 tin

5. gula 3/4  cawan

Mula2 masak agar hingga hancur . Setelah betul2 hancur masukkan gula, bila dah hancur tuangkan susu cair satu tin sambil tu bancuhkan custard dalam cwan bersama air sejuk dan tuangkan kedalam periuk sambil dikacau semasa tuang (takut berketul)
 Bila dah gelegak bolehlah tuang didalam bekas mangkuk kecil yang berbentuk hati ke, yang bunga2 ke suk hati la (terpulang pada citarasa)

UNTUK KUAH

1. 1 tin susu cair

2. 1 cawan air

3. 3 sudu custard

4. 1 tin frut cocktails

Cara membuatnya mula2 masukkan susu cair selepas itu bila mengelegak tambahkan air satu cawan (kacau custard dengan air sejuk didalam cwan) dan tuangkan ke dalam susu cair kacau (api perlahan bg mengelakkan ia berketul)

Last kali baru masukkan fruit cocktail (tuangkan bersama air syrupnya)

Sedia utk dihidang........



No comments:

Post a Comment