Sunday, March 27, 2011

cheese cake...

Hari  jumaat lepas anak buah call nak sangat makan cheese kek katanya.....so aku yang tak berapa pandai ni buatlah cheese cake utknya....


Setelah dimake-up ni la hasilnya..






tapi sape2 nak mencuba boleh la  buat ikut resepi aku ni...walaupun tak pandai tapi anak buah aku ckp sedap ye ke idak tu..... Specialnya kek ni tak yah nak bakar so sape2 yang tak de oven bleh lah buat gak. Semalam anak buah aku buat sendiri dia bagi kat aku jadi pun n sedapppp......

Bahan-bahannya :

Bahan A

Biskut oreo 3 bungkus
mentega separuh (180 gm)


 Bahan B

1. Philapedia cream cheese - 2 ketul
2. Whipping cream (1 kotak kecil)
3. Gula 3/4 cawan
4. Susu cair/susu segar - (separuh)
5. Esen vanila (2 penutup botol)
6. Gelatin (cari yang halal)


Cara membuatnya :-

Bahan A

1. Masak mentega dan tuangkan dalam bekas yang mengandungi biskut (hancurkan biskut)
    gaul2 supaya boleh dikepal.  ~ guna 2 bungkus je oreo buang krimnya
2. Ambil foiler letak dalam loyang dan tuangkan biskut yang dicmpurkan ngan mentega tadi, tekan2 sampai 
   cantik.(sementara tu letak jap lm peti)

Untuk bahan B 

1. Mula-mula putar cheese cream bersama gula sehingga ringan.
2. Pas tu lm bekas lain putar lak whipping cream sehingga pekat.
3. sementara tu masak gelatin bersama susu hingga hancur |(pas tu tutup api), kacau sehingga agk2 sejuk
4. Last sekali whipping tadi dicmpur lak ngan cheese bersama gula tadi then masukkan esen sambil2 tu tuang  
    gelatin tadi (dan boleh lah patah2 kan orea dalam adunan ni)
5. Ambil loyang tadi tuankan adunan kedalam loyang biarkan selama 4 jam, and ready to eat....

Cuba la buat pas tu kala jadi bagi la tau........










No comments:

Post a Comment